Fastlenz.TV | Pusat Eksklusif Motosikal Berkuasa Tinggi Honda Pertama di Kuala Lumpur (HONDA BIG WING BIG BIKE CENTRE).
230
post-template-default,single,single-post,postid-230,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

Pusat Eksklusif Motosikal Berkuasa Tinggi Honda Pertama di Kuala Lumpur (HONDA BIG WING BIG BIKE CENTRE).

Kuala Lumpur, 4 Februari 2018.
Boon Siew Honda (BSH) pada hari ini telah merasmikan pembukaan pusat jualan Honda Big Wing, iaitu sebuah pusat jualan dan servis bagi Motosikal Berkuasa Tinggi berjenama Honda dengan model-model yang merangkumi 250cc ke atas, di lokasi sulungnya iaitu di Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd, Jalan Genting Klang, Setapak.

 

Ingin dikenali sebagai “Destinasi Untuk Penunggang”, ruang pameran Honda BigWing mempamerkan model-model Honda terkini di pasaran tempatan, pusat servis serta sudut alat ganti dan aksesori serta menyediakan ruang istirehat untuk keselesaan pelanggan. Pusat ini direka khusus untuk menyediakan suasana yang bergaya, sofistikated dan premium, menawarkan pengalaman yang berbeza kepada para pelanggan.

 

Sehubungan dengan majlis ini, model yang dinanti-nantikan seperti XADV, CRF1000L, Africa Twin dan CB1000R, kesemuanya versi 2018, diperkenalkan kepada pengunjung buat pertama kalinya. Model-model ini dikhabarkan akan berupaya dimilikki orang ramai pada pertengahan tahun manakala dua lagi model baru akan diperkenalkan pada hujung tahun ini pula.

 

Tidak dapat tidak, persoalan tentang CBR250RR tetap dibangkit oleh pihak FASTLENZ TV, dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Nobuhide Nagata mengatakan bahawa, beliau ingin memperbetulkan fakta-fakta yang tidak benar dan sedang tular di ruang-ruang media sosial bahawa;

CBR250RR bukanlah tidak menepati kehendak ECE atau Euro 4 atau Euro 5 dari segi EMISI (EMISSION), tetapi rekabentuk signal yang terletak dalam satu tapak lampu ialah sebenarnya yang menjadi masalah besar untuk BSH. Oleh kerana negara kita mengikut kesesuaian akta ECE, pihak BSH terpaksa meminta untuk rekaan lampu depan dan lampu isyarat berada dalam kedudukan yang berlainan dan berjauhan sebagai mematuhi langkah keselamatan ECE. Namun begitu, pasaran Malaysia adalah terlalu kecil berbanding dengan jumlah jualan Indonesia, Thailand mahu pun Vietnam. Sehubungan dengan itu, pihak BSH mengharapkan pihak Honda Europe ingin memasarkan CBR250RR ini (mungkin CBR300RR) dan membolehkan justifikasi terhadap pengubahsuaian rekaan lampu hadapan menepati piawaian ECE. Walaubagaimana pun, penurunan mendadak permintaan dan jualan 250cc di negara-negara Asian yang lain, serta penggunaan 300cc dan 400cc secara meluas Amerika dan Eropah, penjualan 250cc di Eropah dan Amerika adalah seperti tidak logik.

 

Nampaknya CBR250RR ini seperti dihasilkan pada waktu yang salah dan tidak memberangsangkan.

 

Bagi pelanggan-pelanggan Honda BigWing Setapak, mereka akan diberikan Kad Ahli Honda BigWing secara percuma dan ini membolehkan pemegang kad ahli mendapat diskaun minima 10% ke atas alat ganti & aksesori Honda yang asli, pakej insurans khas serta khidmat nasihat dari juruteknik yang berpengalaman, dan banyak lagi keistimewaan yang disediakan sepanjang tahun.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd di 0340236192 yang beralamat No 384, 386, 388, 390 Jalan Pahang, Setapak, Kuala Lumpur.

 

About the Author /

norick@fastlenz.tv

Berpengalaman 21 tahun dalam industri motosikal tempatan. Bekas editor pada majalah-majalah tempatan dan antarabangsa seperti MOTOSIKAL, DUNIA MOTO, dan yang terakhir adalah CYCLE WORLD MALAYSIA. Media Officer untuk pasukan lumba AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING, disamping pengalaman-pengalaman beliau yang membabitkan diri dengan pasukan lumba seperti PETRONAS SPRINTA TVK, ELF PRO M TECH DUNLOP RACING, AFY KAWASAKI RACING, dan beberapa lagi.

Post a Comment

Fastlenz.TV Official Online Store Dismiss