Fastlenz.TV | RIMBA RAID JANDA BAIK 2018
191
post-template-default,single,single-post,postid-191,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

RIMBA RAID JANDA BAIK 2018

10-11hb Februari 2018

Acara RIMBA RAID mungkin belum pernah anda dengari dan mungkin juga anda rasa macam pernah dengar bunyi nya…

Apa pun, acara ini adalah satu acara permotoran yang masih belum menjadi kegilaan ramai.  Begitu pun RIMBA RAID ini telah berjaya diadakan di Janda Baik, Pahang, pada hujung minggu lepas. Bagi yang kurang mengetahui apakah acara RIMBA RAID ini sebenarnya, ianya adalah satu pertanding perlumbaan motosikal lasak, yang mana para peserta haruslah menunggang motosikal mereka melalui pelbagai cabaran dan halangan. Berkonsepkan “Adventure”, para peserta menunggang motosikal “dual purpose” yang berkapasiti besar (600cc ke atas) harus melalui denai-denai hutan, bukit bukau, sungai-sungai dan beberapa jalan kampung. Sekiranya anda sememangnya peminat motosikal, anda tetap akan teruja melihat motosikal-motosikal berkuasa tinggi dan saiz fizikal yang besar ini, merentasi cabaran-cabaran yang ternyata, 95% bukanlah direka oleh manusia, tetapi ianya adalah dari mukabumi alam semula jadi.

Keseronokkan bukan sahaja dirasai oleh para peserta, namun pengunjung dan orang tempatan juga kelihatan terhibur dengan aksi-aksi yang jarang dilihat.

Penganjur pertandingan ini, Rally Raid Events, berjaya mencapai matlamat penganjuran apabila memenuhi permintaan kebanyakan peserta iaitu mengadakannya dilokasi yang berdekatan ibukota supaya mudah disertai. RIMBA RAID sebelum ini diadakan di kawasan MAT DALING, iaitu terletak di tengah-tengah rimba tebal Pahang. Oleh yang demikian JANDA BAIK dipilih sebagai lokasi sampingan sebagai “latihan” untuk pertandingan sebenar yang bakal berlangsung bulan Mei nanti.

Permintaan daripada peserta-peserta Singapura juga dilihat hampir separuh daripada jumlah keseluruhan peserta kali ini, ternyata menguatkan lagi bahawa lokasi JANDA BAIK memberikan lebih banyak kemudahan dari segi penyertaan. Selain tapak perkhemahan yang turut tersedia, khemah-khemah promosi juga dipersiapkan untuk beberapa jenama pengeluar motosikal seperti KAWASAKI, DUCATI,  BMW dan KTM. Beberapa pengusaha makanan juga turut sama mengendalikan “FOOD TRUCK” dan “Cafe” ditepi sungai.

Suasana kembali ke alam semula jadi ternyata sesuatu kelainan yang jarang-jarang dapat dikecapi dan para jemputan dan media dibawa untuk menunggang laluan-laluan “off road” dan merentasi sungai-sungai di waktu malam! Sesuatu pengalaman baru untuk krew FASTLENZ.

Pertandingan hari pertama (SABTU) ialah melalui 6 stesen cabaran iaitu merentasi sungai, denai-denai pendek, mendaki dan menuruni bukit-bukit, halangan-halangan batu batan dan kayu-kayu, dan pada hari kedua (AHAD), para peserta dikehendaki melalui laluan yang dipersiapkan dalam tempoh jangkamasa tertentu (Time Attack).

Kesimpulannya, kami pasti para peserta dan juga tetamu yang melihat pertandingan ini, ternyata terhibur dan teruja untuk mengambil peluang menyertainya sekali lagi dalam jangka masa terdekat.   Penganjur acara juga berkata, mereka teringin untuk melibatkan jentera-jentera berkapasiti lebih rendah sebagai tambahan syarat penyertaan, namun mereka tidak berupaya untuk menyediakan banyak hadiah kerana kekurangan penganjuran. Begitupun, mereka akan cuba mengusahakan untuk menambah lagi had penyertaan ke 250cc pada masa akan datang.

 

About the Author /

norick@fastlenz.tv

Berpengalaman 21 tahun dalam industri motosikal tempatan. Bekas editor pada majalah-majalah tempatan dan antarabangsa seperti MOTOSIKAL, DUNIA MOTO, dan yang terakhir adalah CYCLE WORLD MALAYSIA. Media Officer untuk pasukan lumba AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING, disamping pengalaman-pengalaman beliau yang membabitkan diri dengan pasukan lumba seperti PETRONAS SPRINTA TVK, ELF PRO M TECH DUNLOP RACING, AFY KAWASAKI RACING, dan beberapa lagi.

Post a Comment

Fastlenz.TV Official Online Store Dismiss