Fastlenz.TV | Aksi-aksi PESCAO 55 dihari pertama ujian MOTOGP di BURIRAM, Thailand.
176
post-template-default,single,single-post,postid-176,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

Aksi-aksi PESCAO 55 dihari pertama ujian MOTOGP di BURIRAM, Thailand.

#thaitest motogp

Seperti yang diketahui ramai oleh peminat-peminat sukan lumba motosikal tempatan, pelumba negara, Hafish Syahrin memulakan tugas menguji pandu jentera perlumbaan Yamaha M-1 untuk pasukan barunya YAMAHA TECH 3.

Hafish bukan sahaja menunggang buat kali pertama jentera motogp ini tetapi juga mengujinya dilitar baru untuk musim 2018 iaitu litar antarabangsa Buriram, Thailand.

Begitu pun, beliau mempamerkan tunggangan yang baik untuk tunggangan sulung ini dimana beliau memperbaikki kiraan masanya disetiap sesi. Diakhir hari pertama sesi ujian Hafish, beliau berada di posisi ke 24, dengan catatan masa 1’33.165 minit dan telah melengkapkan 70 lap.

“Hari ini ialah hari pertama saya menunggang jentera Motogp dan pasukan saya telah melaksanakan tanggungjawab dengan begitu sempurna. Saya amat berpuas hati dengan jentera, dengan krew, serta dengan cara mereka bekerja. Saya memperolehi perasaan yang baik untuk tunggangan sulung ini dengan setiap kali sesi baru, saya berupaya untuk memperbaikki catatan masa yang begitu penting untuk saya. Saya akan mencuba untuk memberikan persembahan baik secara berterusan, dan menambahkan keyakinan menunggang jentera ini. Saya juga giat mempelajari sistem-sistem elektronik jentera ini tetutamanya penguasaan tujahan kuasa dan kuasa cengkaman.

Saya yakin, akan dapat menguasainya tidak lama lagi.”

About the Author /

norick@fastlenz.tv

Berpengalaman 21 tahun dalam industri motosikal tempatan. Bekas editor pada majalah-majalah tempatan dan antarabangsa seperti MOTOSIKAL, DUNIA MOTO, dan yang terakhir adalah CYCLE WORLD MALAYSIA. Media Officer untuk pasukan lumba AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING, disamping pengalaman-pengalaman beliau yang membabitkan diri dengan pasukan lumba seperti PETRONAS SPRINTA TVK, ELF PRO M TECH DUNLOP RACING, AFY KAWASAKI RACING, dan beberapa lagi.

Post a Comment

Fastlenz.TV Official Online Store Dismiss