Fastlenz.TV | AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING. Kejohanan Malaysian Cub Prix 2018 Pusingan ke 3
16460
post-template-default,single,single-post,postid-16460,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING. Kejohanan Malaysian Cub Prix 2018 Pusingan ke 3

Kesukaran tiada pengakhiran…
Acara peringkat akhir pusingan ke 3 di Litar MCP Jasin, Melaka, sesungguhnya menguji kesabaran dan pengetahuan teknikal krew pasukan AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING. Daripada talaan teknikal jentera lumba, kebolehan skill perlumbaan dan keadaan cuaca yang tidak memberikan ruang langsung untuk mendapatkan sebarang peluang baik untuk mana-mana pelumba pasukan.

 

 

Setelah sesi kelayakan yang diharapkan tidak berjaya diperolehi, Md Iqbal Amri Malek (#7) yang berupaya mendapatkan keputusan yang terbaik antara 3 pelumba pasukan, di petak permulaan yang ke 14. /Sementara itu Ahmad Fazrul Sham (#11) hanya mampu memulakan perlumbaan di petak ke 18 dan Md Rozaiman Md Said (#99) di petak ke 19.

 

Sebaik sahaja lampu isyarat merah terpadam, para pelumba memecut untuk menyerbu ke selekoh pertama litar, dan seperti yang dijangkakan, bertimbun kesesakan para pelumba yang berebut untuk keluar selekoh pertama di tempat yang paling baik. Iqbal berjaya mencuri 2 tempat sebelum mengambil selekoh tersebut dan mula mengorak langkah mengejar dan memotong pelumba-pelumba di hadapannya. Melihatkan senarai kedudukan Iqbal dalam monitor perlumbaan, Iqbal menunjukkan aksi menarik sehinggalah beliau berjaya menempatkan diri di tempat ke 7 seawal lap ke 9.

 

 

Namun Iqbal dilihat seperti kehilangan kuasa jentera apabila seorang demi seorang berjaya memintasnya dan menyebabkan beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke 18 dikibaran bendera penamat. Kekecewaan jelas terpancar dalam pelumba ini setelah tamatnya perlumbaan akhir CP150 ini.

 

Md Rozaiman masih lagi dibelenggu nasib malang apabila beliau kecundang di lap pertama dan gagal untuk meneruskan perlumbaan.

 

Ahmad Fazrul boleh dikatakan penyelamat maruah pasukan apabila beliau “menyerang” di peringkat akhir-akhir perlumbaan dan seterusnya menamatkan perlumbaan di tempat ke 9!!!!

 

IQBAL AMRI MALEK (#7)
“Cuaca yang pelik sejak bermulanya sesi ujian bebas pada hari ini dimana kami terpaksa berlumba dan keadaan hujan yang lebat. Ini menyebakan kami terpaksa mengambil beberapa keputusan yang berisiko untuk bersiap sedia menghadapi ujian perlumbaan akhir untuk kategori ini. Malang sekali apabila kami menyedari pencaturan teknikal terhadap jentera tidak menjadi dan seperti dicurahkan limau ke luka, suasana bertambah pedih apabila saya mengalami kemalangan kecil di akhir-akhir perlumbaan dan sekali gus menyebabkan saya mendapat tempat yang agak terkebawah.”

 

Md Rozaiman Md Said (#99)
Saya tidak dapat mengungkapkan kekecewaan saya apabila gagal meneruskan perlumbaan seawal lap pertama. Saya menghadapi masalah persediaan enjin sejak daripada sesi-sesi ujian awal. Saya mengharapkan kemarau ini akan segera habis untuk membolehkan saya memberikan sedikit sinar harapan kepada pengurusan pasukan.

 

Ahmad Fazrul Sham (#11)
Apabila pelumba gagal memberikan keputusan yang baik, ianya sudah tentu memberikan satu ketidakpuasan dan rasa bersalah kepada krew pasukan. Namun begitu, hati saya dan krew sedikit terubat apabila jentera kami kekal beroperasi sehingga tamat perlumbaan dan tidak berdepan dengan masalah kemalangan dan sebagainya.

 

Keputusan perlumbaan akhir CP150 Pusingan ke 3, Jasin Melaka.

  • Ahmad Fazrul Sham (#11) – tempat ke 9 (7 mata)
  • Md Iqbal Amri Malek (#7) – tempat ke 15 (1 mata)
  • Md Rozaiman Md Said (#99) – gagal menghabiskan perlumbaan.

 

KEDUDUKAN KESELURUHAN

  • Ahmad Fazrul Sham – tempat ke 15 (9 mata keseluruhan)
  • Md Iqbal Amri Malek – tempat ke 20 (2 mata keseluruhan)
  •  Md Rozaiman Md Said – tempat ke 22 (1 mata keseluruhan)

 

 

 

About the Author /

farid@atohito.asia

Post a Comment