Fastlenz.TV | KEMARAU PODIUM AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING TEAM BAKAL BERAKHIR?
16873
post-template-default,single,single-post,postid-16873,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

KEMARAU PODIUM AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING TEAM BAKAL BERAKHIR?

Petanda baik dipertengahan musim!!!

Pelumba pasukan AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING, Md Rozaiman Md Said #99, memberi petanda baik untuk menamatkan ‘kemarau’ podium pasukan.

Setelah melalui pelbagai kesukaran dan masalah jentera sehinggalah ke pertengahan musim ini, Rozaiman memeranjatkan peminat Malaysian Cub Prix apabila berjaya melayakkan diri di tempat ke 8 terpantas. Ini sekaligus melayakkan beliau untuk mendapatkan petak permulaan yang lebih baik ketika ujimasa SUPERPOLE esok.

Sementara itu, bekas juara CP150, Fazrul Sham (#11) terlepas peluang untuk turut serta dalam Superpole apabila hanya menamatkan sesi ujian di tempat ke 14.

Sementara itu, pelumba termuda pasukan, Iqbal Amri Malek (#7) masih dirundung masalah teknikal sehingga beliau gagal mengendali jenteranya dgn lebih baik dan terjatuh ketika sesi kelayakan. Beliau bakal bermula pada petak ke 18 di grid permulaan perlumbaan akhir hari esok (Ahad).

Laporan dan foto perlumbaan oleh:
Fastlenz TV

About the Author /

norick@fastlenz.tv

Berpengalaman 21 tahun dalam industri motosikal tempatan. Bekas editor pada majalah-majalah tempatan dan antarabangsa seperti MOTOSIKAL, DUNIA MOTO, dan yang terakhir adalah CYCLE WORLD MALAYSIA. Media Officer untuk pasukan lumba AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING, disamping pengalaman-pengalaman beliau yang membabitkan diri dengan pasukan lumba seperti PETRONAS SPRINTA TVK, ELF PRO M TECH DUNLOP RACING, AFY KAWASAKI RACING, dan beberapa lagi.

Post a Comment

Fastlenz.TV Official Online Store Dismiss