Fastlenz.TV | Kalah dalam pertandingan, Menang dalam perjuangan…
16883
post-template-default,single,single-post,postid-16883,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

Kalah dalam pertandingan, Menang dalam perjuangan…

Pasukan AHM MOTORSPORTS YAMAHA Racing berjaya mengatasi kepincangan penyediaan jentera.

Setelah bertungkus lumus mencari set up jentera, hanya selepas 5 pusingan, pasukan AHM MOTORSPORTS Yamaha berjaya menjadikan jentera-jentera mereka kompetitif.

Ternyata musim 2018 sangat mencabar apabila 5 barisan pelumba teratas didominasi oleh 2 pasukan tajaan Petronas. Pelbagai percubaan mencari kelebihan mekanikal untuk menempatkan pelumba-pelumba pasukan dihadapan namun akhirnya dikenal pasti, sistem perisian yang menjadi punca kekangan prestasi pelumba.

Kali ini dilitar Teluk Intan, Perak, nama Md Rozaiman Md Said (#99) tiba-tiba melonjak apabila berjaya menempatkan dirinya di tempat ke 8 terpantas dalam sesi kelayakan dan sekaligus membolehkan beliau buat pertama kalinya bertarunflg dalam superpole untuk merebut petak permulaan. Sekali lagi Rozaiman memeranjatkan peminat MCP apabila memperolehi tempat ke 6 terpantas dan membolehkan beliau bermula dari barisan ke 2 pada perlumbaan akhir CP150.

Ketika perlumbaan akhir insiden kemalangan yang meibatkan pelumba- pelumba hebat tanahair, membolehkan Rozaiman berada di tempat ke 4. Namun kemalangan itu tadi membuatkan 3 pelumba di hadapan berada terlalu jauh untuk Rozaiman berentap bagi memperbaikki keputusannya. Begitu pun, inilah keputusan terbaik pasukan dan juga untuk dirinya bagi musim 2018 ini.

Jika Rozaiman memeranjatkan penonton dan peminat dengan prestasi konsisten beliau sejak dari peringkat kelayakan, Md Iqbal Amri Malek (#7) juga memberikan pertunjukan yang tidak kurang hebat juga. Iqbal hanya berjaya mendapat tempat ke 18 dan bermula di barisan ke dua terakhir di perlumbaan terakhir CP150 ini. Ini kerana jentera Iqbal gagal mememui set up yang diinginkan ketika sesi kelayakan.

Begitu pun, nasib malang yang menimpa beberapa pelumba lain di awal perlumbaan akhir memberi peluang untuk Iqbal mencuri ruang sehingga berjaya menempatkan dirinya untuk seketika dibelakang Rozaiman iaitu di tempat ke 5. Seperti ianya bakal kekal dengan kedudukan sebegini, jentera Iqbal dilihat semakin perlahan dan menunjukkan permasalahan jentera yang semakin hilang kuasa. Akhirnya Iqbal terpaksa berpuas hati dengan tempat ke 7di garisan penamat.

Seorang lagi pelumba pasukan, Fazrul Sham (#11), anak jati Perak ini teruja untuk memberikan persembahan yang baik. Jenteranya yang dikatakan agak kompetitif nmaun hanya berjaya menghabiskan sesi kelayakan di tempat ke 14 dan ketika perlumbaan akhir, Fazrul yang ternyata terperangkap dalam kelumpuk pelumba-pelumba di tengah dan gagal memboloskan diri daripada kumpulan ini. Beliau akhirnya akur dengan menghabiskan perlumbaan di tempat ke 13 dengan 3 mata kejohanan.

Keputusan akhir CP150 pusingan ke 5:
#99 Md Rozaiman Md Said – tempat ke 4
#7 Md Iqbal Amri Malek – tempat ke 7
#11 Ahmad Fazrul Sham – tempat ke 13.

Kedudukan dan mata keseluruhan kejohanan CP150 2018.
Tempat ke 13 – Md Rozaiman Md Said (21 mata)
Tempat ke 15 – Md Iqbal Amri Abdul Malek (17 mata)
Tempat ke 16 – (16 mata).

About the Author /

norick@fastlenz.tv

Berpengalaman 21 tahun dalam industri motosikal tempatan. Bekas editor pada majalah-majalah tempatan dan antarabangsa seperti MOTOSIKAL, DUNIA MOTO, dan yang terakhir adalah CYCLE WORLD MALAYSIA. Media Officer untuk pasukan lumba AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING, disamping pengalaman-pengalaman beliau yang membabitkan diri dengan pasukan lumba seperti PETRONAS SPRINTA TVK, ELF PRO M TECH DUNLOP RACING, AFY KAWASAKI RACING, dan beberapa lagi.

Post a Comment

Fastlenz.TV Official Online Store Dismiss