Fastlenz.TV | Perlancaran Mini CubPrix KBS.
16926
post-template-default,single,single-post,postid-16926,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

Perlancaran Mini CubPrix KBS.


Melengkapi ekosistem bakat permotoran tempatan.

Kejohanan Malaysian Cub Prix dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan (KBS), telah melancarkan sebuah perlumbaan motosikal versi ‘pocket bike’ sebagai identifikasi dan pembangunan yang ditujukan kepada pelumba berumur 6 sehingga 12 tahun.

Sebagai musim sulung Mini Cub Prix KBS ini, ianya dilengkapi dengan 5 pusingan yang dibahagikan kepada 4 kategori perlumbaan yang membezakan kumpulan umur.

Kategori KIDZ adalah klas untuk pelumba-pelumba daripada peringkat umur 6 sehingga 9 tahun.

Kumpulan Pra Remaja pula adalah khas untuk umur 10 ke 11 tahun dan bakal dinamakan kategori KADET.

Ketegori Open adalah untuk sebarang peringkat umur untuk menyertainya tetapi;

Kategori JUNIOR adalah diwar-warkan sebagai kategori utama untuk program pembangunan sukan lumba motor ini.

Selepas seleksi pemilihan yang telah dijalankan pada awal tahun ini, 14 pelumba muda telah dipilih untuk menjadi kumpulan pertama yang bakal berentap dalam kategori Mini Cub Prix KBJ kategori JUNIOR. Pelumba-pelumba ini akan berentap dengan menggunakan jentera yang sama kesemuanya iaitu 74 DAIJIRO POCKET BIKES yang diimport khas daripada Jepun untuk kegunaan kategori ini.

Selepas menghabiskan 5 pusingan untuk kejohanan sulung ini, 4 pelumba yang mengumpul mata terbanyak akan dilengkapi dengan tajaan penuh perlumbaan dalam kategori ONE MAKE RACE HONDA / YAMAHA dalam Kejohanan Malaysian Cub Prix musim 2019.

Menurut Pengarah Safe Aim Mutual, RON HOGG, beliau menyifatkan Mini Cub Prix KBS ini sebagai satu pletform yang bakal bersaing dengan ekosistem MCP khas buat pelumba-pelumba tanahair.

MCP dan ARRC telah berjaya di dalam konteks menghasilkan pelumba-pelumba ke peringkat perlumbaan tertinggi dunia iaitu MOTOGP.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Belia & Sukan yang begitu popular di kalangan rakyat, YB Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman , yang turut mengesahkan bahawa KBS menyokong penuh pembangunan sukan permotoran tanahair dan bakal meningkatkan komitment KBS daripada peringkat akar umbi sehingga ke motogp.

YB Menteri mengulangi pendiriannya untuk mengubah senario peluang yang hanya untuk segelintir individu, tetapi mahu ianya dinikmati oleh kesemua peringkat sukanmotor.

Merealisasikan impian anak-anak muda tempatan untuk berjaya di areana sukan lumba professional tetap menjadi agenda utama KBS.

 

About the Author /

norick@fastlenz.tv

Berpengalaman 21 tahun dalam industri motosikal tempatan. Bekas editor pada majalah-majalah tempatan dan antarabangsa seperti MOTOSIKAL, DUNIA MOTO, dan yang terakhir adalah CYCLE WORLD MALAYSIA. Media Officer untuk pasukan lumba AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING, disamping pengalaman-pengalaman beliau yang membabitkan diri dengan pasukan lumba seperti PETRONAS SPRINTA TVK, ELF PRO M TECH DUNLOP RACING, AFY KAWASAKI RACING, dan beberapa lagi.

Post a Comment

Fastlenz.TV Official Online Store Dismiss