Fastlenz.TV | MV AGUSTA kembali ke Motogp (MOTO 2) dengan moto ‘tempelan’?
16986
post-template-default,single,single-post,postid-16986,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

MV AGUSTA kembali ke Motogp (MOTO 2) dengan moto ‘tempelan’?

Berita ini tidaklah sebuah berita baru, atau terkini. Sudah mula diperkatakan media dunia sejak bulan OGOS lagi, Fastlenz TV tidak terasa terlalu teruja apabila mengetahui jenama lagenda yang dahulunya begitu mendominasi perlumbaan motogp bersama pelumba agung Giacomo Agustini, kembali bertarung dalam kategori MOTO 2 yang diketahui pada musim 2019 nanti akan menggunakan enjin Triumph 765cc!

Entah kenapa, kami tidak dapat untuk menzahirkan keterujaan kerana MV AGUSTA adalah sebuah motosikal dan juga pembuat enjinnya sendiri. Jika dalam perlumbaan motogp sudah tentu enjin dihasilkan oleh pembuat/jenama motosikal itu sendiri (contoh: yamaha/honda/suzuki/ktm dsbnya),  namun dalam MOTO 2 bagi musim 2019, kesemua motosikal perlumbaan kategori ini akan menggunakan jentera TRIUMPH. Sudah tentu jugalah chasis akan dihasilkan samada KALEX atau TVR atau mana-mana pembuat chasis perlumbaan yang lain. Jadi, dimanakah bahagian yang dihasilkan MV AGUSTA? Stiker?

MV Agusta akan kembali ke kancah Motogp selepas meninggalkannya sejak 42 tahun yang lalu. Kali ini, mereka akan bekerja sama dengan Forwar Racing Team. Pasukan ini menjadi sebutan ramai media apabila menarik balik kontrak daripada pelumba gila Romano Fenati yang membuat ‘kelakar’ menarik tuil brek hadapan pelumba lain ketika dalam perlumbaan.

Jika dilihat dari fizikalnya, ternyata prototaip model 2019 ini tampak agak menarik, dan agak menepati imej MV Agusta yang terdapat di jalan-jalanraya,  namun begitu, ianya bagi kami sekadar penampilan kosmetik.

Sistem suspensi dari Ohlins dan chasis jenis tiub atau tubular steel trelis yang dipadukan dengan plate sisi yang di CNC dan lengan ayun (swing arm).

Roda 17 inci jenis Magnesium daripada OZ Racing, klac “slipper” daripada FCC dan sistem ekzos daripada SC Project melengkapkan rupa garang MV Agusta ini.

Giovanni Castiglioni, Presiden MV Agusta ternyata begitu bangga tentang penghasilan jenama “tempelan” ini dan apa pun, MOTO 2 musim 2019 nanti ternyata bakal menjadi perhatian peminat motogp amnya.

About the Author /

norick@fastlenz.tv

Berpengalaman 21 tahun dalam industri motosikal tempatan. Bekas editor pada majalah-majalah tempatan dan antarabangsa seperti MOTOSIKAL, DUNIA MOTO, dan yang terakhir adalah CYCLE WORLD MALAYSIA. Media Officer untuk pasukan lumba AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING, disamping pengalaman-pengalaman beliau yang membabitkan diri dengan pasukan lumba seperti PETRONAS SPRINTA TVK, ELF PRO M TECH DUNLOP RACING, AFY KAWASAKI RACING, dan beberapa lagi.

Post a Comment

Fastlenz.TV Official Online Store Dismiss