Fastlenz.TV | GIVI RIMBA RAID 2019, JANDA BAIK: GABIT PERTAHAN MAHKOTA JUARA!
17646
post-template-default,single,single-post,postid-17646,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

GIVI RIMBA RAID 2019, JANDA BAIK: GABIT PERTAHAN MAHKOTA JUARA!

Perlumbaan GIVI Rimba Raid pada tahun ini ternyata adalah perlumbaan yang paling gah dan hebat jika dibandingkan dengan tahun-tahun sudah. Sungguhpun pada tahun ini, jarak perlumbaan dikurangkan kepada separuh daripada jarak tahun lepas, iaitu dari 120km ke 60km, lebih daripada separuh daripada para peserta gagal menamatkan perlumbaan. 

Malah, secara tepatnya, daripada 150 peserta yang bermula di garisan permulaan, hanya 47 peserta yang berjaya menamatkan keseluruhan laluan sehingga ke garisan penamat.  Kebanyakan yang lain samada mengalami kerosakan mekanikal atau pun terus menarik diri daripada perlumbaan akibat kekangan dan kesukaran melalui halangan dan cabaran laluan. Pelumba yang menjadi tarikan Jeremias Israel, yang diwar-warkan bakal memberi saingan kepada Gabit, juga turut menjadi mangsa keadaan atas kesukaran-kesukaran yang berlaku.

Pemenang Kelas A- Kategori Grup A, Muhamad Habibullah Mohd Saleh, atau lebih dikenali sebagai GABIT, juga mengakui laluan kali ini ternyata yang paling sukar pernah beliau lalui dalam mana-mana perlumbaan sebelum ini. Gabit bukan sahaja menyertai pertandingan pada tahun ini sebagai juara bertahan, tetapi juga turut memenangi kejohanan tahun ini dan sekali gus menjadikan beliau memenangi perlumbaan 2 tahun berturut-turut.

Bagi Klas B (motosikal 800cc ke bawah) pula di menangi oleh Shamsul Azhar Abu Hazim, yang lebih dikenali sebagai Acoi Pangkolo dengan jentera yang baru sahaja diperkenalkan di tanah air AJP.

Klas C (motosikal sehingga 250cc) dimenangi oleh Muhammad Hazlami Mustapha Kamal.

Sungguhpun Rimba Raid baru saja berakhir hujung minggu lepas, ternyata “Mastermind” Rimba Raid, Dat0′ Nik Huslan kini sedang merangka lokasi dan cabaran yang bakal diadakan untuk perlumbaan musim hadapan iaitu RIMBA RAID 2020!!!

About the Author /

norick@fastlenz.tv

Berpengalaman 21 tahun dalam industri motosikal tempatan. Bekas editor pada majalah-majalah tempatan dan antarabangsa seperti MOTOSIKAL, DUNIA MOTO, dan yang terakhir adalah CYCLE WORLD MALAYSIA. Media Officer untuk pasukan lumba AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING, disamping pengalaman-pengalaman beliau yang membabitkan diri dengan pasukan lumba seperti PETRONAS SPRINTA TVK, ELF PRO M TECH DUNLOP RACING, AFY KAWASAKI RACING, dan beberapa lagi.

Post a Comment

Fastlenz.TV Official Online Store Dismiss