Fastlenz.TV | Ibu tiga anak pemenang YAMAHA Y15ZR Sprinta Bonanza bulan Julai.
17708
post-template-default,single,single-post,postid-17708,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

Ibu tiga anak pemenang YAMAHA Y15ZR Sprinta Bonanza bulan Julai.

Rezeki kerana suami berniat untuk membeli motosikal model sama

KUALA TERENGGANU, 25 Ogos 2019 ā€“ Seorang ibu tiga anak merupakan pemenang terbaru peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza anjuran PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB) bagi bulan Julai.

Puan Norasyikin bin Mohd Salleh berasal dari negeri Johor memasuki peraduan dengan pembelian pakej minyak pelincir dan Tshirt Sprinta dari khemah PETRONAS di kejohanan PETRONAS Cub Prix di Pontian, Johor pada Julai lalu.

Beliau bersama keluarga telah datang ke acara PETRONAS Cub Prix pusingan keenam di litar Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu untuk majlis penyampaian hadiah kemenangan motosikal berkenaan.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah.

Berikut ialah senarai pemenang motosikal YAMAHA Y15ZR setakat ini :-
Julai : Norasyikin binti Mohd Salleh
Jun : Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin
Mei : Muhamad Faez bin Aju
April : Mohd Arif bin Mohmad Yasin
Mac : Sahrulnaim bin Sahrahan

Masih terdapat dua(2) buah YAMAHA Y15ZR untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan pada 30 September nanti. Hadiah kedua (YAMAHA R25) dan utama (YAMAHA R6) peraduan bakal disampaikan di acara bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Maklumat lanjut peraduan boleh didapati di laman sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.

About the Author /

norick@fastlenz.tv

Berpengalaman 23 tahun dalam industri motosikal tempatan. Bekas editor pada majalah-majalah tempatan dan antarabangsa seperti MOTOSIKAL, DUNIA MOTO, dan yang terakhir adalah CYCLE WORLD MALAYSIA. Berpengalaman dan pembabitan diri dengan pasukan lumba seperti PETRONAS SPRINTA TVK, ELF PRO M TECH DUNLOP RACING, AFY KAWASAKI RACING, FELDA PB RACING, YY PANG dan AHM serta beberapa lagi sebagai Pegawai Media dan pernah sebagai kordinator pasukan. Kini melangkah ke dunia media otomotif yang merangkumi kenderaan dari 2 ke 4 roda, serta menjadikan kecenderungan beliau dalam muzik untuk menampilkan segment video reviu gitar dan alatan muzik untuk musim 2020.

Post a Comment

Fastlenz.TV Official Online Store Dismiss