Fastlenz.TV | MSC (Motorcycle Sales Centre) MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 46!!!
17717
post-template-default,single,single-post,postid-17717,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

MSC (Motorcycle Sales Centre) MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 46!!!

22 September 2019.

MSC sememangnya dianggap sebuah pusat ikonik bagi peminat jentera roda 2, terutama motosikal-motosikal import berkuasa tinggi.

Kemuncak imej MSC ialah ketika dekad 80-90an dimana ketika itu, tiada internet dan kesukaran mendapat majalah-majalah motosikal antarabangsa, MSC menjadi pusat rujukan para bikers ketika itu.

Operasi MSC yang bermula daripada 1973 dulu, telah melalui pelbagai situasi dan kenangan, samada melibatkan kumpulan-kumpulan motosikal berkuasa tinggi seperti Tabung Bikers contohnya, aktiviti-aktiviti konvoi seperti Semenanjung Rally, dan tak kurang juga acara keselamatan penunggangan daripada “RIDE MARSHAL” yang juga sinonim sebagai pengiring kelompok pelumba LE TOUR DE LANGKAWI.

Sambutan ulangtahun ke 46 ini dimeriahkan dengan kehadiran bekas pengerusi Semangat 46, Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, yang turut sporting untuk berposing bersama-sama motosikal-motosikal yang ada dalam ruang pamer MSC.

Sebagai memperkukuhkan kedudukan MSC dalam pasaran motosikal tempatan, MSC kini mempunyai rakan perniagaan baru iaitu Chear Motor Group yang juga tidak kurang hebat pengalaman mereka dalam perniagaan penjualan motosikal-motosikal berjenama premium.

About the Author /

norick@fastlenz.tv

Berpengalaman 21 tahun dalam industri motosikal tempatan. Bekas editor pada majalah-majalah tempatan dan antarabangsa seperti MOTOSIKAL, DUNIA MOTO, dan yang terakhir adalah CYCLE WORLD MALAYSIA. Media Officer untuk pasukan lumba AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING, disamping pengalaman-pengalaman beliau yang membabitkan diri dengan pasukan lumba seperti PETRONAS SPRINTA TVK, ELF PRO M TECH DUNLOP RACING, AFY KAWASAKI RACING, dan beberapa lagi.

Post a Comment

Fastlenz.TV Official Online Store Dismiss