Fastlenz.TV | Kempen GO RACE WITH ENEOS.
17749
post-template-default,single,single-post,postid-17749,single-format-standard,,qode-news-1.0.4,woocommerce-demo-store,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,columns-3,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.1,vc_responsive
 

Kempen GO RACE WITH ENEOS.

Jenama ENEOS adalah tidak asing lagi pada peminat-peminat Motogp atau Valentino Rossi. Minyak enjin terulung daripada Jepun ini ternyata mempunyai peminat dan penggunanya yang terdiri daripada pemilik-pemilik motosikal dan kereta yang turut mengetahui penglibatan ENEOS dalam perlumbaan motogp (untuk motosikal) dan JapanGT (untuk kereta).

Menyedari akan keperluan untuk lebih memperkenalkan jenama ENEOS kepada lebih ramai rakyat Malaysia, Mayshowa Aurto Parts Sdn Bhd, selaku pengimport minyak enjin ini telah mengatur satu kepen jalanan (tour) yang bertemakan “GO RACE WITH ENEOS” yang telah berlangsung daripada 14 sehingga 23 Oktober yang baru lalu. Selain turut memperkenalkan jenama ini kepada lebih ramai anggota masyarakat, ianya juga bertindak serampang dua mata dengan mempromosikan motogp yang bakal berlangsung pada awal November 2019 ini.

Di dalam kempen ENEOS di ke semua 44 hentian yang dijadualkan sekitar lembah kelang, mereka telah mendapati sejumlah 282 daripada 330 orang peserta kajian kempen (survey) mengesahkan kebiasaan melihat jenama ini, dan lebih daripada 110 individu daripada kumpulan tersebut telah/sedang menggunakan minyak enjin ENEOS ini. Seramai 140 peserta telah layak menyertai cabutan bertuah dalam kempen mereka ini dan pada hari ini, pemenang-pemenang cabutan bertuah ini berada dalam majlis penyampai hadiah kepada pemenang-pemenang yang diadakan di persekitaran NKS Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah tiket-tiker grandstand menonton MOTOGP serta hadiah-hadiah utama iaitu Telefon Pintar Huawei yang keseluruhannya bernilai RM6,000.00. 

About the Author /

norick@fastlenz.tv

Berpengalaman 21 tahun dalam industri motosikal tempatan. Bekas editor pada majalah-majalah tempatan dan antarabangsa seperti MOTOSIKAL, DUNIA MOTO, dan yang terakhir adalah CYCLE WORLD MALAYSIA. Media Officer untuk pasukan lumba AHM MOTORSPORTS YAMAHA RACING, disamping pengalaman-pengalaman beliau yang membabitkan diri dengan pasukan lumba seperti PETRONAS SPRINTA TVK, ELF PRO M TECH DUNLOP RACING, AFY KAWASAKI RACING, dan beberapa lagi.

Post a Comment

Fastlenz.TV Official Online Store Dismiss